Khamis, 24 Februari 2011

Bermalam di markaz Dusun Raja

 24 Februari 2011 -Khamis
Dah lama rasanya tak gi dengar tazkirah/bayan kat markaz dusun raja. so, ptg ni aku bersiap2 dgn toto, selimut dan bantal aku utk bermalam , bermunajat, berqiamulail di sana. Aku ajak anak lelaki utk gi sama2 dgn aku, pok tengah @ Muhammad Danish Harith.

Pkl 7.29 aku sampai sana, kebetulah maghrib dah masuk. Solat maghrib dan seterusnya mendengar bayan/tazkirah daripada mutakallim yg sudah banyak pengalaman ttg dakwah ni.

Aku pun terasa insaf sangat sebab dah lama aku tinggalkan krja dakwah ini. Dulu kerap jgk keluar ke jalan Allah ini. tapi kini terlalu banyak fitnah dunia muncul dalm hidup aku. fitnah kerja, fitnah keluarga, fitnah kawan2 dsb.

Ngah awal2 bayan lagi dah tido. Habis bayan, pkl 9.30 solat isya'. lepas tu dengar kisah sahabat pulak. lepas tu baru aktiviti masing2. Ngah bangun lepas tu, gi beli kelapa jelly...kemudian pkl 11 baru tido. Memang Nabi pun suruh..dalam sebulan kena 1 malam tinggalkan keluarga anak isteri untuk beriktikaf di masjid. dah lama benar aku tak ikut sunnah ini.

25 Februari 2011 - Jumaat
pkl 5.50 aku bangun...pagi ni dengan hati yg tenang dan aman, aku solat sunat tahajjud, sunat taubat dan sunat witir. Solat subuh berjemaah.....dengar bayan pagi pulak disampaikan dari mutakallim 4 bln dari Thailand. Aduh...memang mnginsaf diri. terutama nikmat Allah yg telah aku kecapi selama ini. terlalu byk nikmat yg Allah berikan pd aku tapi aku x pandai nk mensyukuri. hanya satu cara utk mensyukuri nikmat Allah ini...korbankan ke Jalan Allah....

pkl 8 balik rumah selepas mkn roti canai 2 biji kt markaz tu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan