Isnin, 26 Disember 2011

Motosikal

27.12.2011 - Selasa

hari ni dah hari selasa, ingatkan isnin...tak ingat rupanya ahad cuti. loni duk pikir pasal motosikal. thn depan 2 orang anak aku akan bersekolah. so, along x kisah lah blh pergi dengan van dgn bayaran rm30 sebulan. ngah yg aku plan nk hantar kat alhilal d batalkan, so aku hntr kat tadika perpaduan berdekatan tangki air tmn ni je...jln kaki dekat je, tapi main hari2. jenuh ayang aku nak jalan sokmo. so, aku plannig nk beli motor utk kegunaan dia ambik ngah...

marin g tgk kt kedai kt wakaf siku tu....honda dash...rm5500. nak beli cash x mampu la kot...ansuran

Test drive Exora Bold

sekali lagi proton upgrade proton mpvnya ini iaitu Exora Bold, masih dgn cc yg sama iaitu 1.6L tapi HP ditingkatkan daripada 125hp kepada 138hp. rasa begitu teruja utk nak test kereta ini trjawab pd 20 Dis 2011 aku gi test drive keta ni bersama dgn rakan sepejabat aku..pptm2. enjin dipasang turbo dan intercooler..dan beberapa aksesori tambahan. dgn gear CVT 6 Speed membuatkan tidak rasa langsung pergerakan gear. enjin kurang mengaum, tekan aje pedal minyak terasa momentum kereta kedepan.

25 Dis 2011
Sekali lagi aku gi kat Harima utk test drive kali ini bersama dgn ayang dan isteri aku...kali ni lebih jauh sikit test drive. kali ini aku try potong keta di saat kereta hadapan meluncu laju ke hadapan. sungguh tidak mengecewakan enjin 138hp ini. planning nak beli jgk, tapi kena trade-in dgn Waja ini lah. bkn x sayang pd waja ni tapi dgn anak yg semakin mbesar. aku perlukan kereta mpv utk kegunaan yg lebih luas.

tapi tengok keadaan lah....ada rezeki gak kira jadi..

Ahad, 25 Disember 2011

Mesin Binding & Laminate

25.12.2011

  1. Hari ni setelah lama menunggu akhirnya aku gi beli jugak mesin binding berharga RM450 beserta dgn comb nya.
  2. Mesin laminate pun aku beli jugak RM270 dan plastiknya...


Pn Noria meninggal dunia

25.12.2011

Pn Noria meninggal dunia pada jam 12pagi kerana jangkitan kuman pada rahim, usus, buah pinggang dan otak kerana bersalin anak sulungnya. aku pun rasa mcm tak percaya je. umur dia setahun tua dari aku. tapi Allah lebih sayangkan dia...kitaorang ni hanya kawan pun rasa mcm x blh terima. husband dan famili dia lagi berat memikul semua dugaan ini. semoga rohnya dicucuri rahmat...amin...

al-Fatihah

04 Okt 2012

sudah setahun lebih dia tinggalkan kitaorang semua...rasa mcm baru aje...semoga rohnya aman di sana bersama orang2 yg solehah....

Sabtu, 17 Disember 2011

LPO mrCom

  1. Printer Samsung 4in1 - RM850 (dah hantar lama dah tapi stkt ni duit x masuk lagi)
  2. Kaspersky IS 2012 - RM2600 (lpo hantar 18.12.2011 pd tie)
  3. Printer hp p1566 - RM939 (lpo keluar 18.12.2011, pasang printer dan hntr lpo pd 19.12.2011)
  4. Hantar sebutharga hp p1022 dan mp258 kepada mazirawati - 19.12.2011

personal loan

18.12.2011

loan sedia ada kt br 26k...kt bsn 15k...so, aku nk overlap semua tu, aku buat loan 50k...bersih dpt 9k. ambik habis semua pamplet bank...bi, amb, br, bsn, coshre, kt ambnk nmpk ok dah..20thn...409/month. tapi insuran, duti setem..dll dah habis rm3200...so, aku buat kt bsn jgk..dpt bersih 9k...

pagi ni nak gi sign loan...acc bsn aku confirm dan x aktif. kena bwak buku pegi re-activate balik. naik tkt 2 nak sign loan...tapi nik man x de..pegawai lain buat bodoh je. sakit hati betul lah....x tahu nak gi meja sana....sene je sorang tu kata...gi tanya depan tu...

komang spana btl lah...

bubur asyura

17.12.2011

akhirnya tahun ni msjid kt taman aku buat jgk bubur asyura, tahun lepas x buat dah. tahun ni kena buat lah. aku sebagai ajk masjid g ditugaskan kutip derma utk fasa 4 dan 5....dapat lah RM520. dan serahkan pd bendahari masjid. pagi tadi pkl 8 aku dah sampai sana, kira lewat lah sbb org nk buat asyura pkl 6 lagi dah panas air dlm kawah. tapi sampai sana...ketujuh2 kawan dah mula mengelegak..beras dah pecah...masuk ubi kentang, jagung, kacang hijau, kacang hitam...4 kawah guna dapur gas...lagi 4 guna kayu api.

pkl 10 aku ke bandar kejap...bawak jalan2 waja cps aku tu...kesian dia duk trperap kt umah. bosan jgk dia...so, aku gi beli kaspersky 20kotak dan printer p1566. gi kat kedai TAK..hajat nak pasang gear lock. tapi x match sebab gear aku jenis baru..bergigis mcm altis. so, mrTak suggestion paddle brake lock. check2 x de stock utk jenis waja..aku tinggal no phone. nanti barang ada dia call aku balik...

Pkl 1 aku gi solat zuhur kat masjid tu...lepas tu terus makan nasi brsama anak jate aku bawak datang sekali..makan nasi. lepas tu baru kacau asyura balik. bila alah ko nak masak ni....asyura dah semakin pekat dan berat..kacau 5 minit pun dah mula lenguh....

pkl 3 asyura dah masak......aku sempat ambik 3 bekas dan balik...

pkl 5 abe lie wak mari 40 bungkusan sura utk di agihkan kepada penderma yg budiman...lorong 39 la paling ramai....gi edar dgn zizi kebetulah dia datang ptg ni....ada lebih lagi dlm 11 pek..bawah pjbat 2.....dan..

JKN nak tarik FT

sejak dua menjak ini isu jkn nak tarik ft ke sana muncul kembali. ntah lah dari mana punca timbul pulak isu ini. dulu dah timbul tapi senyap gitu jah..kini nampak mcm nak sangat. dato' pengarah call aku sendiri kt umah memberitahu hal ini. tapi yg rasa kong sangat ialah bos pegi kt bilik dato' sorang. adus, blh percaya ke bos nk defend ft17 mcm aku dan member aku ni. adus, rasa mcm samar2 aje peluang utk tidak ke sana. minggu ni senyap tipah. x tahu status lagu mana. may be duk sibuk pasal sbpa kot...tapi aku  x sedap hati lah. katakan lah aku yg kena gi sana..yg penatnya member aku sorang lagi. tahu tahu staff kt sini ada 9 orang tapi kuli 2 orang je. yg duk ke hulu dan ke hilir selesaikan aduan setiap hari 2 orang ni je....7 lagi kadang2 ada mbantu. (tq lah).

adoi...x profesional lah orang atasan ni...x cukup staff sana. mai ambik2 je....kita kt sini pun x cukup2 orangnya..

Jumaat, 9 Disember 2011

juruteknik komputer

  1. sbpa dah keluar..riuh rendah jgk satu pejabat. semua orang nak tahu apa itu sbpa. pekeliling dah keluar. masing2 baca dan masing2 faham. aku pun tdk trkecuali. tapi bagi sistem aku..dulu sistem maklumat tukar ke Teknologi Maklumat. FT17 dah tukar ke FT4-1. gaji pd lampiran C, klu duk tengok2 tu naik jgk dlm seratus lebih.
  2. ura2 khabar angin mngatakan gred FT17 atau FT4-1 akn di upgrade ke FT27...krn NT17 kt pjbt tanah yg ada sijil ukur politeknik dan upgrade ke NT27, so why not aku dan rakan FT17 yg lain tidak diupgrade ke FT27. ini tidak adil...ingat sijil politeknik jurusan ukur aje yg laku...jurusan it x laku..mana blh! hrapnya tahun 2012 semuanya akn selesai.
  3. bila pasal naik pangkat..sign opsyen baru ni mesti pikir bab gaji.

langgar budak

02 Dis 2011 - 6.54ptg

Lokasi kejadian berdekatan simpang 3 Banggol Petai

citernya macam ni, minggu ni aku balik alor pasir, umah bapak mertua ku. mcm biasa lah hari jumaat mesti aku gi jalan2 umah bapa sedara aku kt bkt buluh akar nun...lepas asar aku pegi lah. lepas siap dan bertolak balik lah...dah nk masuk waktu maghrib, jalan pun dah suam2 suku berarak gelap. aku dah pasang lampu kecik....dlm 1km nk sampai simpan 3 ke jln besar. aku nampak 2 orang budak kt seberang sana...sebuah lori dari arah bertentang melepasi mereka. lepas aje lori blah dia lintas jgk jalan..padahal aku sedang menuju ke arah yg betul. apa lagi aku hon dan brek kecemasan. tapi dah terlambat..kereta aku dah dekat dgn budak tu.....


kedeganggggggggggg...

aku langgar budak tu...budak sudah x kelihatan. dlm hati mesti dah terperosok kt bawah perut keta aku. tiba2 budak tu keluar dan bangun terus berlari ke rumah..fuuuuuhhh lega aku...syukur banyak2 budak tu x apa2.

aku ke depan sikit dan stop kt tepi jalan...ramai la yg datang...kemudian aku blah selepas mak budak datang bagitau yg anak dia x de apa2. cuma sakit kt punggung je...

adus...suspen giler dibuatnya...

moral of story...naik kenderaan jgn lupa baca doa dan jgn pasang lagu ketika time maghrib, lebih2 lagi lagu hindustan....

Rabu, 7 Disember 2011

gi tengok tanah

26.11.2011 - sabtu
kelmarinnya jumaat janji dengan din nk gi tengok tanah tapi dia x jugak muncul. pagi ni dia call, nak gi tengok tanah. so, aku pegi lah dengan ajik. dekat dgn cbg gemas tu. tanah mcm strategik sebab betul2 tepi jalan..keluasa 7.23ekar. tanah curam blako..ada sikit yg lapang. getah dah besar..dah blh toreh. tapi hutan tebal sangat melitupi pokok2 getah. rasa berbelah bagi jgk dgn tanah ni tapi harganya dah kira murah..RM85K..tapi kena upah tebas dan upah sodok jalan ke kebun getah...

aku kena berurusan dgn bank dulu utk bank aku...

05.12.2011
gi kat bank islam, tanya khabar pasal loan. ikut kiraan biasa...loan aku blh lulus dlm RM65K. adus masalah ni...aku masih perlukan RM20K. adus mcm x de rezeki je aku dgn tanah tu. nk bli tanah lain sekarang ni semuanya mahal blako..so aku duk kira2 nk overlap bank rakyat dan bsn. nak buat loan blh RM5000 utk modal balik bisnes aku..nak beli mesin binding RM500 dan mesin laminate RM200...kira kedai aku blh tambah satu lagi ..kedai komputer, photostat, binding, laminate dan fax...

10.12.2001
duk pikir2 nk overlap semua personal loan aku dgn bank mana...BSN atau Ambank sekrang ni interest paling rendah..semua loan aku RM40K..hjt nk buat loan RM45. dpt RM5 utk modal bisnes photostat dan binding tu.