Ahad, 6 Februari 2011

blarok

04 Feb 2011 - Jumaat
Aku join satu rombongan blarok sedara na kt bertama daerah gua musang. lebih kurang 8 buah keta semua. perjalanan 300km/j pergi dan balik. bertolak pkl 10 pagi...jalan sesak, may be ramai orang balik cuti..raya cina kan. sampai kt R&R Gua Musang. makan, minum rehat...tido..solat zuhur. Anak2 sibuk main gelungsur...ke sana ke sini dgn anak2 kak long.

Aku dok ajar bapa mertua aku pasal solat jamak....aku memang kamcing dgn tok tua aku sorang ni. Memang sama2 kelakar dan satu kepala. dia x pernah solat jamak qasar ni...cuma selalu dok dengar orang mengajar kt masjid, praktikal x de peluang. kali ini dah jauh perjalanan ni,,..blh la praktikal kan. aku ajar jamak zuhur dgn asar. nok blh reti ...faham..lepas ulang...ulang. dia plk jenis was2...ibu mertua aku asyik dok ketawakan dia. tq Allah krn kurniakan ibu dan bapa mertua yg sebaik ini..

Pkl 2 bertolak ke lokasi rumah pengantin...jalan punya lah jauh dari highway utama ni..dah la berbukit bukau...mcm rooler coster la pulak. naik turun...naik turun. majlis dibuat kecilan je.

siap semua...pkl 4 bertolak balik lah masing2. aku dgn abe ipar aku lah..singgah kat masjid sungai sok...anak aku yg tengah...pok tengah terkepit konek kt zip seluar. menangis dia. suruh potong x nak, baru x terkepit. dah la tadi jatuh tergolek kt masjid..kat atas tar. keno sokmo dia tu.

Along dan Adik umie dia buat rantai setiap sorang...yg ada nama 'batrisyia' dan 'qistina'.

sampai rumah aku terus tido sebab aku dah solat jamak maghrib dan isya tadi. rasa letih badan sangat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan