Sabtu, 6 Oktober 2012

Sensor Crankshaft dbm

05.10.2012 - Jumaat

minggu lepas lagi mcm2 hal utk dapat nak gi ch ni..lastly pagi bertolak jgk aku bersama famili, mertua dan ese pun gi jgk...pkl 7.20pagi mula bertolak...jmp klong kt petronas menju ke tepi sungai..robi sebagai mengepalai percutian ini lewat sikit..kitaorang bertolak dulu..

jmp kat r&r gua musang...

kisah yg menarik, suspen...bermula bila sampai lojing..20km lagi nk sampai kat kt raja...keta aku mula semput2...sseduk2 naik bukit...kemudian terus mati time sedang jalan...

bateri ok...checking plug..rasa mcm suspek je...aku bukan reti mana pun pasal keta ni.

sementara menanti robi and the geng datang..aku dgn abe long ke depan mencari kedai pomen..payah jgk nak cari pomen yg blh pegi kat kereta aku tu..

akhirnya ayg call suruh tunggu situ...member kholid yg awak tritonnya dah tarik keta aku...

akhirnya jumpa kat pasar malam brinchang...

aku tunggu situ..sementara yg lain gi kat apartment yg kitaorang booking..

ini lah kali pertama keta aku rosak mcm ni....3 tahun dok guna tak de masalah pun...odometer baru 31000km..

pkl 5 pomen datang...sekali lagi keta aku ditarik guna triton zaid kawan kholid tu ke bengkel cina tu...keta aku jenis electronic...checking pakai komputer je..terus dia tahu rosak apa..sebelum tu mcm2 andaian di buat...timing belt..petrol pump..

lastly rupanya satu cable tu rosak....benda yg x pernah aku dengar..first time dengar....

SENSOR CRANKSHAFT....


ntah menatang apa pun....tapi benda tu penting utk nak pastikan keta tu hidup..tukar yg tu terus hidup...adus...

tgk harga....seutas tu...RM380....

pomen tu bagi RM265..sekali dgn dionagsis...upah...RM380...zaid x puas hati dgn harga mahal tu....kurang lagi..

RM370
-
-
-

x puas hati lagi..

RM345....
-
-
-
 mahal lagi

RM320...

mahal lagi..


akhirnya putus kata...RM300.00



settle...bawak keta gi kat apartment......dan ke pasar malam...



ni lah bendanya.....nampak mcm cable biasa je....aku pun tak tahu apa fungsi sensor ni..tapi org kata...enjin campro meme banyak sensor....






aku try search kat dlm web..tapi sume dlm english apa fungsi sensor ni...aku try translate dari satu blog ni..dia pun first jgk kena kes mcm ni...mcm aku jgk...

Sensor engkol ialah satu komponen menggunakan dalam satu enjin pembakaran dalam memantau kedudukan atau kelajuan putaran aci engkol. Maklumat ini digunakan oleh sistem-sistem pengurusan enjin mengawal masa sistem pencucuhan dan parameter enjin lain. Sebelum pengesan-pengesan engkol elektronik tersedia ada, pengedar mesti secara manual disesuaikan kepada tanda masa di enjin. Penderia engkol boleh digunakan dalam kombinasi dengan alat pengesan posisi aci sesondol serupa memantau hubungan antara omboh dan injap-injap dalam enjin, yang penting terutamanya dalam enjin-enjin dengan masa injap boleh ubah. Ia juga biasanya sumber utama untuk ukuran laju enjin dalam revolusi-revolusi setiap minit. Mengengkol pengesan-pengesan dalam enjin-enjin biasanya terdiri daripada magnet-magnet dan satu gegelung induktif, atau mereka boleh berdasarkan secara magnetik mencetuskan alat-alat semikonduktor kesan Hall. Lokasi-lokasi pemasangan biasa termasuk takal engkol utama, roda tenaga , dan sekali-sekala di aci engkol sendiri. Penderia ini ialah penderia paling penting dalam enjin-enjin zaman moden. Bila ia gagal , terdapat satu risiko kecil enjin akan bermula (enjin akan mungkin membuang sebentar kemudian memandu) tetapi ia kebanyakannya tidak akan mula

lebih kurang mcm ni lah maksudnya..korang faham tak..aku fhm la sikit2....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan